Sabah Lulus Turunkan Had Umur Calon ADUN Kepada 18 Tahun

Screengrab semasa Datuk Aidi Mokhtar menggulung Rang Undang-Undang Enakmen Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2019 hafri ini. Gambar SNT/Ihsan Acara Rasmi SabahGov Youtube

KOTA KINABALU: Sabah menjadi negeri yang pertama meminda Perlembagaan menurunkan kepada had umur kepada 18 tahun seseorang warganegara yang layak untuk dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

Pindaan kepada Perkara 16 Perlembagaan Negeri itu diluluskan dengan sebulat suara melalui proses undian belah bahagian dalam persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Seramai 57 ahli bersetuju manakala lima tidak hadir sementara tiga lagi cuti.

Membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2019, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar berkata langkah itu sejajar dengan langkah Kerajaan Persekutuan yang telah meminda Perlembagaan Malaysia pada Julai tahun ini untuk menurunkan had umur layak menjadi calon Ahli Parlimen kepada 18 tahun daripada 21 selain pendaftaran automatik sebagai pengundi sebaik mencapai umur 18 tahun.

Seramai tujuh ahli membahaskan Rang Undang-Undang tersebut iaitu Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Tambunan), Datuk Masidi Manjun (Karanaan), Datuk Jahid Jahim (Tamparuli), Jamawi Jaafar (Kemabong), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Datuk Hamisah Samat (Tanjong Batu) dan Datuk Osman Jamal (Balung).

Kesemua mereka menyokong pindaan tersebut.

Enakmen ini akan mula berkuatkuasa pada tarikh penyiarannya dalam Warta.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *