Layan Perkongsian Berat Sebelah Dan Tiada Kemakmuran Bersama Untuk Sabah

KUALA LUMPUR: “Belanjawan 2020 meneruskan layanan perkongsian yang berat sebelah kepada Sabah dan Sarawak seperti yang diamalkan oleh Kerajaan sebelum ini dan tidak mencerminkan Wawasan Kemakmuran Bersama seperti yang diumumkan oleh Kerajaan sekarang,” kata Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Ahli Parlimen Keningau ketika diminta mengulas mengenai Bajet 2020 yang dibentangkan pada Jumaat lepas.

“Memberi kepujian dimana ia berwajah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana memberi perhatian kepada beberapa masalah kita di Sabah dengan beberapa peruntukan tertentu. Peruntukan pembangunan sebanyak RM5.2 bilion untuk Sabah dan RM4.4 bilion lagi untuk Sarawak adalah dialu-alukan” kata Dr Jeffrey.

Walau bagaimanapun, jumlah RM9.6 bilion tersebut hanya merupakan 17.1% daripada RM56 bilion Bajet Pembangunan. Ini bermakna bahawa 82.9% atau RM46.4 bilion masih diperuntukkan bagi Malaya!

Di mana perubahan dan keadilan untuk Sabah dan Sarawak?

Di mana konsep “perkongsian samarata” di antara Sabah, Sarawak dan Malaya yang membentuk Malaysia sebagai rakan kongsi samarata?

Mana adalah “Wawasan Kemakmuran Bersama”?

Demi keadilan dan Kemakmuran Bersama yang sebenar, bukan tidak munasabah untuk Sabah dan Sarawak diperuntukkan 80% daripada bajet pembangunan RM56.0 bilion tersebut. Hanya dengan itu, akan Sabah dan Sarawak dapat menikmati Kemakmuran Bersama dan membolehkan mereka mengurangkan jurang pembangunan dimana Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan yang sekurang-kurangnya 30 tahun di belakang Malaya. Tanpa memberi peruntukan menitikberatkan Sabah dan Sarawak, mereka tidak akan dapat mengejar dan mengimbangi dengan Malaya.

Apa itu “Kemakmuran Bersama”? Ia langsung tidak bermakna memandangkan ekonomi, kewangan, keselamatan dan politik Sabah dan Sarawak masih di dalam genggaman Malaya / Kuala Lumpur?

Mungkin, Menteri Kewangan perlu diingatkan bahawa dalam 2 video yang disebar luas sebelum PRU-14, beliau telah menyatakan dengan jelas dalam 1 video bahawa Sabah dan Sarawak adalah rakan kongsi yang samataraf dalam Malaysia dan tanpa Sabah dan Sarawak tidak akan ada Malaysia.. Dalam video yang lain, beliau dan ketua-ketua DAP Sabah dan Sarawak berjanji akan membayar royalti minyak 20% kepada Sabah dan Sarawak dan mengembalikan 50% daripada semua hasil yang dipungut daripada Sabah dan Sarawak. Di manakah janji-janji mereka dalam Bajet 2020?

Dengan peruntukan yang tidak adil dalam Bajet 2020 dan jurang yang besar dalam pembangunan, kemajuan dan kemakmuran antara Malaya dan Wilayah-Wilayah Borneo, Sabah dan Sarawak akan terus bergantung kepada kerajaan Persekutuan. Sabah dan Sarawak akan terus ketinggalan jauh di belakang Malaya tanpa keupayaan dan sumber kewangan yang tidak mencukupi kerana kerajaan Persekutuan tidak mematuhi MA63 dan tidak melaksanakan Perlembagaan Persekutuan.

Hasil yang diperolehi daripada Sabah yang mana 40% hendaklah dikembalikan oleh kerajaan Persekutuan telah tidak dipatuhi sejak 45 tahun yang lalu. Lebih teruk lagi, sumber-sumber minyak dan gas di Sabah dan Sarawak semuanya diserahhak kepada Petronas dengan hanya 5% dikembalikan apabila ianya dikeluarkan. Siapa yang menerima dan menikmati 95% hasil minyak dan gas itu?

Walaupun diakui bahawa kerajaan PH bersetuju memberi RM53.4 juta sebagai ganti Pemberian Khas di bawah Perkara 112C dan Bahagian IV Jadual ke-10 dalam Perlembagaan Persekutuan, ianya tidak dipatuhi sejak 45 tahun lalu oleh kerajaan sebelumnya.

Tetapi bayaran RM53.4 juta ini tidak mematuhi peruntukan yang tertera dalam Perlembagaan yang merangkumi apa yang telah dipersetujui dalam IGC, MA63 dan oleh bapak-bapak kemerdekaan Sabah yang telah bersetuju untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963. Jika ia telah menyatakan pada tahun 1963 bahawa Sabah tidak akan mendapat 40% hasil yang bapak-bapak kemerdekaan Sabah tidak akan bersetuju untuk membentuk Malaysia. Mereka mungkin bergusar dalam kubur mereka dengan pembentangan Bajet 2020?

Jika 40% hasil itu dikembalikan kepada Sabah berdasarkan jumlah hasil yang diperolehi dari Sabah, yang dianggarkan di antara RM37 dan RM60 bilion, Lerajaan Persekutuan harus kembali RM15 hingga RM24 bilion bagi tahun 2020 dan bukan RM53.4 juta yang hanya merupakan 0.22% daripada apa yang harus dibayar kepada Sabah.

Kenapa Kerajaan Sabah dan Shafie Apdal gembira dengan RM53.4 juta itu?

Adakah mereka senyap-senyap bersetuju dengan kerajaan Persekutuan untuk menerima RM53.4 juta tersebut?

Adakah mereka meneruskan dengan tuntutan tunggakan RM1.0 trilion seperti yang dijanjikan oleh Ahli Parlimen Penampang merangkap Menteri Persekutuan dan pemimpin Warisan Sabah yang lain?

Adakah mereka masih menuntut 80% daripada royalti minyak dan memberikan hanya 20% kepada Petronas seperti yang dijanjikan oleh Shafie dirinya sebelum PRU-14?

Kerajaan sekurang-kurangnya harus membayar RM799.30 juta dalam Bajet 2020 berdasarkan keputusan Review Kewangan mengenai Pemberian Khas 40% tersebut pada tahun 1969. Pada Review 1969 tersebut, adalah dipersetujui bahawa RM20 juta akan dijadikan sebagai jumlah asas yang perlu dibayar pada tahun 1969 dengan kenaikan 7.5% setiap tahun sehingga mencapai bayaran RM26.7 juta pada tahun 1973.

Sejak tahun 1973, tiada Review diadakan selama 46 tahun hingga 2019. Jika berdasarkan kenaikan tahunan 7.5% dari tahun 1974, jumlah yang perlu dibayar bagi tahun 2020 adalah RM799.30 juta. Berdasarkan kenaikan tahunan ini, terdapat tunggakan RM9.845.71 bilion terhutang kepada Sabah dari 1974 hingga 2019 selepas menolak bayaran RM26.7 juta yang dibayar dari tahun 1974 sehingga 2019.

Dengan layanan ini tidak saksama dan keengganan mematuhi Perlembagaan Persekutuan, di mana letaknya Kedaulatan Undang-undang? Jika ini berterusan, tidak ada lagi apa-apa sebab bagi Sabah dan Sarawak kekal dalam Malaysia dan terpaksa menderita penaklukan, penganiayaan dan kemiskinan serta kesengsaraan yang berterusan.

“Saya berharap Kerajaan menyedari perkara ini dan mengkaji semula Bajet 2020 untuk memulihkan keparahan ini dan memberikan hak hasil berlembagaan kepada Sabah dan Sarawak” mengulas Dr. Jeffrey.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *