
KUALA LUMPUR : Orang ramai dinasihatkan agar mengurangkan kegiatan luar ekoran keadaan cuaca panas dan kurang hujan dijangka di kebanyakan tempat di seluruh negara mulai esok hingga 1 Julai.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Anip dalam kenyataan berkata, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 35 darjah Celsius dalam tempoh itu.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan laman media sosial rasmi MetMalaysia untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.
Maklumat turut boleh didapati menerusi aplikasi myCuaca.
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah