G57 Kekal Pendirian Heret Fahmi Reza, Mahasiswa Ke Mahkamah Hina Tun Musa

Zulkarnain Mahdar

KOTA KINABALU : Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) tetap dengan pendirian kes penghinaan, mengaibkan dan memfitnah Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman harus diteruskan pendakwaannya di mahkamah.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, pihaknya menyambut baik keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap penganjur perhimpunan yang diadakan pada 31 Disember lalu di sini.

Beliau yang juga Penasihat Gerakan Bangkit Sabahan berkata, keputusan jabatan tersebut untuk meneliti semula tindakan yang diambil adalah jelas selari dengan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menghentikan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, Zulkarnain yang sebelum ini mendakwa beliau turut diheret ke mahkamah tetap dengan pendiriannya bahawa kes memfitnah Tun Musa dibawa ke mahkamah.

“G57 berpandangan mereka yang terlibat memfitnah dan mengaibkan Tun Musa semasa Perhimpunan Gempur Rasuah oleh segelintir pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) termasuk aktivis, Fahmi Reza seharusnya tidak dilepaskan begitu sahaja.

“Rekod jelas menunjukkan Tun Musa tidak pernah disabitkan bersalah oleh mana-mana mahkamah di Malaysia berkaitan rasuah.

“Tuduhan Tun Musa mengamalkan rasuah dan kaki rasuah sedangkan beliau tidak pernah dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah adalah jelas satu fitnah jahat untuk mengaibkan Institusi Istana di Sabah,” tegasnya.

Sebelum itu, Jabatan Peguam Negara pada Rabu telah mengeluarkan kenyataan berhubung laporan media mengenai kes perhimpunan tanpa notis kebenaran di hadapan Menara Kinabalu, Likas.

Dalam kenyataan itu menyatakan bahawa, selepas pertimbangan dibuat dengan teliti Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk tidak meneruskan pertuduhan dan menghentikan prosiding terhadap individu yang terlibat selaras dengan seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

SumbeR: SINAR

Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *