PGA Sabah Rampas Rokok Seludup Bernilai RM3.2 Juta

Sejumlah rokok dianggarkan bernilai lebih RM3.2 juta dirampas oleh PGA Sabah dalam serbuan di Lahad Datu, semalam. – Foto Ihsan PGA

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah merampas rokok seludup dianggar bernilai lebih RM3.2 juta dalam serbuan di sebuah gudang di Batu 3 1/2, Jalan Segama Lama, di Lahad Datu, semalam.

Komander Briged PGA Sabah, Mohd Abduh Ismail berkata, dalam operasi “Op Kontraban” kira-kira jam 10 malam itu, semua rokok jenis kretek dan putih berkenaan didapati disembunyikan dalam gudang berkunci serta berpagar.

Sejumlah rokok dianggarkan bernilai lebih RM3.2 juta dirampas oleh PGA Sabah dalam serbuan di Lahad Datu, semalam. – Foto Ihsan PGA

Katanya, ketika diserbu seorang lelaki warga Indonesia berusia 56 tahun dipercayai penjaga gudang berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Operasi dijalankan hasil kerjasama Batalion 17 PGA Lahad Datu dan Batalion 14 PGA Tawau.

https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.470.2_en.html#goog_1210362538“Sebaik berjaya masuk ke dalam gudang berkenaan, pasukan serbuan menemui 2.36 juta batang rokok putih dan 1.7 juta batang rokok jenis kretek.

“Antara jenama rokok dirampas adalah Astro, Premium, Asatu, Tex dan Surya dipercayai dibawa masuk tanpa kelulusan dan cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Abduh berkata, suspek dan semua rokok yang dirampas kemudiannya diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, suspek turut diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dimasukkan ke lokap Balai Polis Lahad Datu.

“Jumlah keseluruhan rokok dirampas dianggarkan bernilai RM3,207,952 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada sepuluh kali nilai barang atau RM100,000 dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau dipenjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *