3 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai 21 Jun

KUALA LUMPUR: Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lagi lokaliti di Sabah.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob PKPD di semua lokaliti itu bermula 21 Jun hingga 4 Julai.

Ismail Sabri memaklumkan, empat lokaliti di Sabah yang dikenakan PKPD ialah Kampung Nelayan, Batu 10, di Sandakan, Fasa 1 dan Fasa 2, Taman Digot, di Penampang, serta Kampung Rancangan Silabukan Peringkat 4 di Lahad Datu.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

Ismail Sabri berkata, Fasa 1 dan Fasa 2, Taman Digot, Penampang, Sabah, dikenakan PKPD selepas mencatatkan lapan kes positif Covid-19.

“Selain itu, Kampung Rancangan Silabukan Peringkat 4, Lahad Datu, Sabah turut dikenakan PKPD apabila lapan kes positif direkodkan hasil 40 ujian saringan dilakukan di lokaliti terbabit.

“Lokaliti lain yang ditamatkan PKPD di Sabah adalah Felda Umas, 4, Kalabakan, Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau serta tiga perkampungan di Tawau iaitu Kampung Blok 31, Kampung Sentosa, Blik 5 Hilltop dan Kampung Bukit Kukusan, Tanjung Batu,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *