JIM Sabah Tahan 75 PATI, Gempur Tiga Penempatan Di Tawau

Antara PATI yang ditahan dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan oleh JIM Sabah di Tawau.

TAWAU; 01 MARCH 2021 (Isnin) – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menahan seramai 75 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Filipina dan Indonesia atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) menerusi Operasi Bersepadu mengempur PATI di tiga lokasi penempatan iaitu di Kampung Sungai Buaya, Kampung Pasir Putih dan Rumah Kongsi Bayan Batu-8 Jalan Apas, Sabtu lepas.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Dr. Muhammad Sade Mohamad Amin berkata, menerusi operasi tersebut seramai 250-orang telah diperiksa dan daripada jumlah yang ditahan, seramai 57-orang merupakan warga Filipina terdiri daripada 18-orang (lelaki), 26-orang (wanita) dan sembilan kanak-kanak (lelaki) serta 4 kanak-kanak (perempuan).

Manakala, seramai 18-orang lagi merupakan warga Indonesia terdiri daripada lima orang (lelaki), 10-orang (wanita) dan 3 kanak-kanak (perempuan).

Katanya, Kesemua mereka yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Depot Tahanan Imigresen Tawau untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dileluarkan hari ini.Mengulas lanjut beliau berkata, Operasi berkenaan dijalankan antara lain bertujuan mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap penempatan haram Colonial PATI.

Beliau turut menegaskan, JIM Sabah akan melaksanakan tindakan undang undang terhadap mana-mana individu tertentu yang didapati menjadi dalang disebalik kedatangan serta penempatan PATI di lokasi sasaran di negeri ini.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti atau perbuatan yang ditakrifkan jenayah kerana melindungi PATI.Katanya, JIM tidak akan berkompromi atas kesalahan yang berkaitan dan akan mengambil tindakan tegas selaras dengan perlaksanaan undang undang yang sedang dilaksanakan.

Operasi Bersepadu tersebut melibatkan seramai 117-orang pegawai dan anggota operasi yang turut disertai Agensi Penguatkuasaan dari pelbagai Agensi Persekutuan dan Negeri termasuklah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), MARITIM MALAYSIA (APMM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), RELA, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB).

SumbeR: BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *