Murid Darjah 4 “Google Meet” Di Ladang Sawit Untuk Dapat Talian Internet

SANDAKAN : Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang bermula hari bagi sesi persekolahan pada tahun 2021 di seluruh negara adalah untuk mempastikan murid-murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum.

Namun bagi murid yang tinggal di kawasan pendalaman seperti di Sabah dan Sarawak yang mana liputan internetnya tidak memuaskan atau lemah, ada yang terpaksa naik bukit dalam ladang sawit untuk dapatkan talian internet yang kuat agar tidak terlepas peluang bersuai kenal dengan guru dan rakan sekelas menerusi Google Met.

Itulah cara terpaksa diambil oleh Adik Muhammad Amru Umair, pelajar Tahun 4, dari kelas Ubay Bin Ka’ab, Sekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz (SRIDAH) pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan tahun 2021 hari ini.

Bagi Amru Umair, biarpun liputan internet di tempat tinggalnya di Kampung Sinar Baru, Batu 12 di sini bermasalah, tapi dia tetap teruja untuk bersemuka secara online.

“Di atas bukit ni saja la senang dapat line internet sebab di sini tinggi.

“Tapi terpaksa tahan panas & banyak nyamuk,” katanya selepas selesai mengikuti sesi suai kenal itu.

Amru Umair yang ditemani bapanya perlu menunggang motosikal sejauh lebih satu kilometer untuk sampai ke ladang kelapa sawit milik sebuah koperasi bersebelahan Gum Gum Estate.

Suai kenal online itu berlangsung selama 45 minit dikendalikan Guru Kelas, Muallimah Suriati Abdul Kadir dan turut memperkenalkan guru-guru subjek lain.

“Walaupun saya sudah terbiasa dengan keadaan kampung yang tidak mempunyai liputan internet, namun saya tetap berharap ada usaha pihak berwajib untuk menyediakan ekses internet berkelajuan tinggi di kawasan tersebut,” ujarnya lagi.

“Memang biasa sudah naik bukit atau pergi mana-mana kawasan tinggi untuk dapatkan line internet.

“Tapi tidaklah sampai panjat pokok. Cukup la duduk atas motosikal saja,” katanya. – Kredit / Sumber : WideTV

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *