
KUALA LUMPUR: Harga beberapa produk roti berperisa jenama Gardenia akan mengalami kenaikan antara lima sen hingga 20 sen mulai esok berikutan kenaikan harga bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko dan susu serta kos pembungkusan.
Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) dalam satu kenyataan berkata, sebelum ini pihaknya menyerap kos kenaikan itu, namun kini ia tidak mempunyai alternatif lain kecuali untuk melaksanakan semakan semula harga produk-produk Gardenia terpilih.
Menurutnya antara produk-produk Gardenia yang akan mengalami perubahan harga adalah Gardenia Squiggles – Funky Strawberry, Choco Malto; Gardenia Delicia Soft Roll – Butter Toffee, Sambal Bilis, Gardenia Fluffy Red Beans; Gardenia Toast’em; Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin serta Raspberry Milk & Cranberries.
“Harga bagi produk-produk Gardenia yang lain dikekalkan, kerana GBKL akan terus menyerap kenaikan kos produk berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Menurutnya, sepanjang beberapa tahun kebelakangan, GBKL telah mengalami kenaikan kos luar biasa dari segi kos pembuatan dan kos bahan mentah yang berada di luar kawalan pihak syarikat. Jika anda sedang mencari platform pertaruhan yang boleh dipercayai, 1xbet Download adalah pilihan terbaik. Dengan 1xbet APP, yang tersedia untuk Android dan iOS, anda boleh mengakses pelbagai pasaran pertaruhan sukan dan permainan kasino secara mudah melalui peranti mudah alih anda. Anda boleh memuat turun APK untuk Android dengan mudah atau mendapatkan aplikasi terus dari App Store untuk pengguna iOS. Dengan 1xbet Download, anda akan menikmati transaksi yang selamat, pilihan pertaruhan langsung, dan antara muka yang mesra pengguna.
GBKL berkata, kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha digembleng terlebih dahulu, dan fokus pada ketika ini adalah untuk terus mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang selain memastikan bekalan optimum pada harga yang berpatutan. – BERNAMA
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost