Saya Sudah Serah Bukti Kepada Polis & Minta Hubungi SPRM – Adun Moyog

Jenifer Lasimbang

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Jenifer Lasimbang menegaskan laporan polis yang dibuatnya sebelum ini sudah cukup kerana membabitkan unsur jenayah.

Beliau berkata, bukti yang ada padanya tentang dua lelaki yang memintanya melompat parti telah diserahkan kepada polis dan meminta pihak berkuasa itu menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan selanjurnya.

“Saya sudah buat laporan polis. Antara isi kandungan laporan ialah untuk meminta polis untuk membuat siasatan terhadap orang-orang yang membuat tawaran, dengan saksi-saksi dan bukti-bukti yang ada.

“Saya juga meminta pihak polis untuk merujuk kepada agensi-agensi yang lain seperti SPRM untuk tindakan seterusnya, siasatan kes seperti ini ada unsur-unsur jenayah dan di bawah bidang kuasa polis,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan SPRM hari ini yang mendakwa telah menghubungi wakil rakyat kerajaan Sabah yang mendakwa menerima tawaran melompat parti, namun enggan membuat laporan kepada SPRM.

Pada 23 Julai lalu, Jenifer membuat laporan itu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang selepas dua lelaki dipercayai ejen politik datang di kediamannya sehari sebelum itu.

Dua lelaki itu dikatakan memintanya melompat parti dan dijanjikan tawaran tertentu.

Kenyataan SPRM hari ini bagaimanapun diputar belit pihak lawan kononnya keengganan mereka membuat laporan polis membuktikan tuduhan tersebut hanyalah tipu semata-mata.

Bagaimanapun, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam membuktikan wajah sebenar pemimpin yang melompat parti untuk memastikan kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) tumbang.

Kebanyakkan pemimpin berkenaan sebelum ini mengaku turut diberikan tawaran untuk melompat, namun kononnya tidak sesekali terpengaruh kerana setia bersama Warisan.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *