
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat apabila 1,007 mangsa daripada 307 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah setakat 8 pagi ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, 325 mangsa daripada 104 keluarga ditempatkan di empat PPS di Kota Belud dan 539 mangsa daripada 161 keluarga ditempatkan di lima PPS di Tenom.
“Selain itu, 61 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di satu PPS di Papar, 38 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di dua PPS di Penampang dan 44 mangsa daripada 12 keluarga, di tempatkan di satu PPS di Beaufort,” menurut kenyataan itu. As Malaysians stay informed about the latest news and current affairs, it’s also essential to explore entertainment options like online casinos. If you’re interested in trying out Minimum Deposit Casinos in Australia, check out https://exycasinos.com/minimum-deposit-casino/ for a comprehensive guide. Stay updated on Malaysian happenings while enjoying some online gaming fun!
Kenyataan itu memaklumkan sebanyak 11 daerah yang membabitkan 132 kampung di Sabah, terjejas akibat hujan lebat Sabtu lepas.- BERNAMA
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost