Lima Sekeluarga Hilang Tempat Tinggal Rumah Musnah Terbakar

Keadaan rumah terbakar di Kampung Monsuk Ulu, Tambunan. Foto Ihsan bomba

TAMBUNAN: Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Monsuk Ulu, di Tambunan hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 11.35 pagi itu, tiada mangsa dilaporkan cedera atau kehilangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tambunan, Desmond Micky @ Dominic berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.42 pagi, tujuh anggota bergegas ke lokasi dengan satu jentera.

Katanya, pasukan bomba bergerak ke lokasi sejauh 18 kilometer dan sebaik tiba rumah tidak kekal terbabit terbakar 100 peratus.

“Pihak bomba mengalami kesukaran apabila jentera melalui laluan yang sempit dan licin. Kebakaran berjaya dikawal jam 1.30 petang,” katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi ditamatkan jam 1.35 petang manakala punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *