Janji tinggal janji…

IBU tunggal lima anak yang kisah kesukaran hidupnya pernah dipaparkan NSTP pada Julai lalu, kini berdepan satu lagi masalah apabila rumah didiami mereka di Kampung TB Ward, di Sandakan bakal dirobohkan Selasa ini.

Laporan NSTP pada 24 Julai lalu semasa AhliParlimen Sandakan yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Stehpen Wong melawat pondo Rosinah.

Rosinah Hussin, 34, berkata kediamannya adalah antara rumah setinggan yang sudah dikenal pasti dirobohkan berdasarkan tanda cat merah yang dibuat pihak berkuasa pada 16 Disember lalu.

“Kami cuma ada tiga hari lagi dapat menikmati rumah ini, nanti 1 Januari 2019 rumah ini diroboh sudah. Lepas ini kami mungkin terpaksa tinggal di mana-mana kawasan yang beratap dan yang penting ada pelindung daripada hujan serta panas.

PKEADAAN rumah ibu tunggal pada 24 Julai lalu, Rosinah yang serba kekurangan di Kampung T.B Ward, dekat Batu 2, Sandakan. – Foto Hazshah Abdul Rahman


“Kami tiada pilihan sudah. Terpaksalah, kami faham juga itu sudah tugas mereka kerana kami tinggal di tanah setinggan.

“Kakak ada juga merayu agar tidak dirobohkan tetapi rasanya sudah tidak dapat dielakkan lagi,” katanya.

Pada Julai lalu NSTP memaparkan kisah kesukaran hidup dialami wanita itu dan anak-anaknya yang terpaksa makan berkongsi sebiji telur kerana tidak mampu membeli makanan selain tinggal di pondok usang

Selepas kisahnya dipaparkan, Madrasah Darus Sunnah (MADS) Sandakan, tampil membantu keluarga berkenaan membina kediaman baharu yang lebih baik namun rumah itu kini perlu diroboh.

Rosinah berkata, selepas kisah hidupnya disiarkan NSTP, ramai pihak memberikan bantuan kepada mereka termasuk dijanjikan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) namun belum ada perkembangan lanjut.

“Kami sebenarnya sangat berharap agar dapat diberikan rumah PPRT secepat yang mungkin.

“Kakak susah hati betul sekarang ini. Anak kakak kecil-kecil lagi semua. Kalau kakak saja sendiri dan tiada rumahpun tidak mengapa. Kakak boleh tidur di mana-mana kaki lima. Tapi anak kakak ini, tidak tahu macam manalah lepas ini,” katanya bercerita sambil mengalirkan air mata. – Harian Metro

KEADAAN rumah ibu tunggal pada 24 Julai lalu, Rosinah yang serba kekurangan di Kampung T.B Ward, dekat Batu 2, Sandakan. – Foto Hazshah Abdul Rahman
179