Anugerah Pingat Kebesaran 2018 Di Sabah Sudah Tidak Ada Nilai Dan Harga?

SEKADAR GAMBAR HIASAN

KOTA KINABALU, SABAH – Penerima pingat PGDK yang membawa gelaran ‘Datuk’ yang dikatakan menjadi rebutan dikalangan pimpinan Parti Warisan dan DAP,  dilihat oleh pemerhati politik semakin tidak mempunyai nilai di Sabah jika kaedah pemilihan dilakukan bukan bersandarkan sumbangan kepada kepada negeri dan rakyat.

Menurut penganalisis politik bebas Ahmad [email protected] “sepatutnya pemimpin-pemimpin parti Warisan dan DAP mencontohi cara pimpinan Pakatan Harapan di Pulau Pinang dan Selangor apabila ramai wakil rakyat termasuk Exco tidak melobi dan mahu menerima tawaran gelaran Datuk dan sebagainya”.

Sebab itu rakyat di kedua-dua negeri ini melihat mereka memperjuangkan kepentingan rakyat dan bukannya mengejar pangkat dan penghormatan semata-mata.

Mengambil contoh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, sehingga kini mereka tidak mahu menerima sebarang gelaran.

Sumber Foto: MalaysianAccess

Ahmad diminta mengulas mengenai senarai nama pemimpin Parti Warisan, DAP dan UPKO yang menerima gelaran ‘Datuk’ sempena hari jadi Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah pada 06 Oktober 2018 ini.

Menurut Ahmad lagi “apa jasa Junz Wong, Azis Jamman dan Ewon Benedict wakil rakyat yang baru dipilih mewakili Parlimen Karambunai dan DUN Kadamaian untuk negeri Sabah sehingga mereka diberikan pingat PGDK yang membawa gelaran Datuk”.

“Walaupun bukan syarat wajib namun penerima pingat PGDK sepatutnya diberikan terlebih dahulu pingat ASDK dan bukannya pingat PGDK, sememangnya ini adalah tertib yang diamalkan sejak dahulu lagi”, Ahmad berkata lagi.

Ahmad menambah “rakyat Sabah akan menilai bahawa kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal ketika ini lebih mementingkan pangkat dan bukannya ikhlas berkhidmat untuk rakyat”.

Sumber : Malaysiakini2.com

222