
TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menahan seorang lelaki dipercayai dalang kegiatan penyeludupan rokok, serta merampas pelbagai jenama rokok seludup bernilai RM367,200.00 dalam satu operasi khas di Kampung Sri Aman Batu 3, Tawau.
Serbuan yang dijalankan oleh Unit Gempur Marin (UNGERIN) pada jam 10.00 malam telah membawa kepada penahanan seorang lelaki disyaki warga asing serta rampasan kira-kira 1,540 karton rokok seludup. Siasatan awal mendapati rokok berkenaan dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran haram tempatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, manakala suspek turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1963.
PPM Wilayah 4 Sabah menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras sebarang bentuk jenayah penyeludupan demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara.
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah