
KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy mahu menjadikan mahkamah sebagai tempat untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.
Beliau yang tiba di mahkamah sekitar jam 8.44 pagi ditemani barisan peguamnya Datuk Ram Singh, Rizwandean Bukhary M Borhan, Shahlan Jufri dan Prem Elmer Ganasan.
“Saya akan menjadikan sistem kehakiman bahawa saya tidak bersalah,” katanya kepada pemberita sebaik memasuki ruang pekarangan mahkamah.
Difahamkan, beliau antara tiga individu yang didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu pada Isnin berkaitan dakwaan rasuah melibatkan lesen melombong di Sabah.
Sementara itu, seorang lagi ADUN turut hadir di mahkamah iaitu ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob sekitar jam 8.46 pagi.
Yusof turut diwakili peguam yang sama dengan Andi Muhammad Suryady.
Sebelum itu, seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ tiba di pekarangan mahkamah bagi menghadiri pertuduhan dakwaan rasuah tersebut.
SumbeR: Sinar Harian
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah