2 ADUN Sabah, Ahli Perniagaan Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Rasuah

Dr Yusof ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Isnin. – Gambar SINAR HARIAN

KOTA KINABALU : Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah di Mahkamah Khas Rasuah, di sini pada Isnin.

Ketiga-tiga tertuduh, ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dan ahli perniagaan, Datuk Albert Tei atau Tei Jiann Cheing membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Hakim Jason Juga selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

SumbeR: Sinar Harian

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *