Sesat Di Hutan Tamaco Tungku : 2 Ditemui Selamat, 2 Lagi Masih Hilang

Pasukan penyelamat menggerakkan operasi pencarian dua lagi mangsa yang masih hilang. – Foto ihsan bomba

LAHAD DATU: Dua daripada empat mangsa yang dilapor sesat di Hutan Tamaco Tungku, di sini, ditemukan selamat, manakala dua lagi masih hilang.

Kedua-dua mangsa yang belum dikenal pasti identiti mereka dilapor berjaya keluar dari kawasan hutan dengan sendiri selepas sesat sejak Khamis lalu.

Difahamkan, semua mangsa masuk ke hutan berkenaan untuk mencari hasil hutan dan berpecah kepada dua kumpulan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, setakat ini dua lagi mangsa masih belum keluar dari kawasan hutan dan pihaknya dalam perjalanan ke lokasi untuk mendapatkan maklumat lengkap, seterusnya menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi pertama dilaksanakan bersama agensi penyelamat lain yang menjalankan radius pencarian satu kilometer bermula dari lokasi aktiviti mangsa mencari hasil hutan.

“Operasi SAR bagaimanapun terpaksa ditangguhkan jam 4 petang tadi disebabkan hujan lebat,” katanya melalui kenyataan.

Operasi SAR akan disambung semula esok dan sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SumbeR: Berita Harian

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *