Bekas Timbalan Presiden KDM Sertai GRS

Adun Limbahau Juil Nuatim keluar Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dua hari lalu.

KOTA KINABALU :  Adun Limbahau Juil Nuatim menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai ahli langsung dua hari selepas mengumumkan keluar Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Juil menghantar permohonan keahlian kepada Pengerusi GRS Hajiji Noor hari ini, lapor The Borneo Post.

Selain ketua menteri dan Juil, turut serta Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kitingan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Joachim Gunsalam.

Tindakan diambil Juil itu ketika kerajaan Sabah pimpinan Hajiji dijadual membentangkan rang undang-undang anti-lompat pada persidangan DUN, minggu ini.

Juil merupakan bekas timbalan presiden KDM, parti pimpinan Peter Anthony sebelum mengumumkan keluar parti, pada Ahad.

Beliau berkata, tindakannya berpihak kepada kerajaan negeri sekarang lebih baik bagi memastikan peruntukan mencukupi untuk pembangunan kawasannya.

Juil menang kerusi Limbahau atas tiket Warisan pada PRN Sabah 2020, namun meninggalkan parti itu pada Disember 2021 bersama Peter yang juga Adun Melalap. Mereka kemudiannya mengasaskan penubuhan KDM.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *