15,669 Kes Positif Baharu Covid-19 Hari Ini

Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Angka penularan COVID-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan tiga hari berturut-turut apabila sebanyak 15,669 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 16,073 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan kini sudah mencecah dua juta iaitu sejumlah 2,011,440 kes.

Katanya, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes harian iaitu sejumlah 2,632 kes, diikuti Sarawak (1,983), Johor (1,974), Sabah (1,784), Pulau Pinang (1,651), Kelantan (1,406) dan Kedah (1,207).

Selain itu ialah Pahang dengan 763 kes baharu, Perak (856), Terengganu (483), Kuala Lumpur (411), Melaka (329), Negeri Sembilan (143), Perlis (30), Putrajaya (14) dan Labuan (3).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *