PKPD 4 Lokaliti Di Sabah Mulai 5 Ogos

KOTA KINABALU: Sebanyak empat lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 5 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Hishammuddin Hussein dalam kenyataan hari ini, memaklumkan berkenaan lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.

Pelaksanaan PKPD bermula 5 hingga 18 Ogos adalah seperti berikut:

Sabah:

  • Kampung Banjar, Keningau
  • Kem 3 Sibulu, Tenom
  • Penampang Baru, Penampang
  • Depot Tahanan Imigresen Tawau

Penamatan PKPD pada 3 dan 4 Ogos :

  • Kampung Guruh-Guruh, Sipitang
  • Empat lokaliti di Kota Kinabalu, iaitu Kilang Papan Lusera Telipok, Kg Mogiding Malawa & Kuarters Pekerja Progressif Perwira, Kampung Sinulihan dan Universiti Utama Kondominium Fasa 2
  • Dua lokaliti di Sandakan, iaitu di Kampung Air dan Kampung Bokara
  • Kampung Sri Menanti, Tawau
  • Empat perkampungan di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, iaitu di Kampung Pondo, Kampung Kasuapan, Kampung Lok Urai dan Kampung Pulau Gaya

Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata, semalam sebanyak 215 kompaun dikeluarkan atas kesalahan ingkar SOP.

Katanya, 60 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Tambahnya, seramai 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan tiga kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *