Orang Awam Diminta Bantu Kesan Satu Lagi Tahanan Masih Bebas

Tahanan yang melarikan diri masih diburu polis.

PENAMPANG: Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

Suspek, Mohd Rahman Basir, 24, masih belum ditemui sehingga kini selepas melarikan diri dari Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, usaha memburu suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan.

Katanya, suspek sebelum ini ditahan untuk siasatan membabitkan jenayah dadah sebelum ditempatkan di pusat kuarantin berkenaan kerana didapati positif Covid-19.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek diminta segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Pihak polis juga menasihati orang ramai supaya tidak bertindak melindungi tahanan terbabit kerana ia boleh menyebarkan dan menjangkiti virus Covid-19 kepada komuniti,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, empat suspek yang disahkan positif Covid-19 dikesan melarikan diri dari pusat kuarantin ILMAN.

Bagaimanapun, tiga daripada suspek berjaya ditahan semula pada jam 5.45 petang di Taman Wijaya, Manggatal. – Asiatimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *