17,150 Kes Baharu Covid-19, 160 Lagi Kematian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 17,150 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat kes 195,273 aktif dengan 1,059 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 531 memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,130,422 manakala, kes sembuh pula sebanyak 11,326 dengan 925,965 jumlah kumulatif.

Sementara itu, sebanyak 160 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 9,184 kes.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,326 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,086), Kedah (1,511), Johor (1,045), Sabah (1,002), Negeri Sembilan (809), Penang (752), Perak (693), Melaka (686), Pahang (676), Sarawak (578), Kelantan (459), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (21) dan Labuan (5).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *