UMNO Tarik Sokongan Kepada Muhyiddin Tapi Masih Sokong PN

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong pada Khamis, amat jelas Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah murka dengan apa berlaku sekarang.

KUALA LUMPUR: UMNO menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun masih menyokong Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan.

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) yang juga ahli UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong pada Khamis, amat jelas Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah murka dengan apa berlaku sekarang.

“Parti kita UMNO dan saya sebagai seorang anggota parti setia pada parti, maka parti buat keputusan di mana parti tarik sokongan daripada Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, tetapi parti masih menyokong kerajaan masih Kerajan Perikatan Nasional.

“Berdasarkan titah Agong, amat jelas bahawa Kebawah Duli Tuanku murka dengan perkembangan yang berlaku dalam kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan Istana Negara.

“Perkara pokok yang disebutkan itu ada tindakan yang dilakukan, yang tidak mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen pada Khamis.

Tambah beliau, sebagai Ahli Parlimen, setiap daripada mereka telah mengangkat sumpah untuk pelihara dan melindungi Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau ada sesuatu tindakan yang boleh disifat tidak ikuti Perlembagaan Persekutuan, maka sebagai seorang yang angkat sumpah, maka menjadi tanggungjawab saya untuk pertahankan Perlembagaan Persekutuan negara sesuai dengan sumpah.

“Saya suka juga nyatakan Fasal 3 dalam Perlembagaan UMNO, UMNO sentiasa pertahankan sistem Raja Berperlembagaan. Itu adalah asas perjuangan kita,” ujarnya. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *