Covid-19: 16,117 Kes Baharu Direkod Hari Ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 16,117 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes keseluruhan setakat ini adalah 1,044,071 kes.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 6,616 kes

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,457), Kedah (1,000), Johor (907), Sabah (741), Melaka (674), Negeri Sembilan (669), Penang (618), Kelantan (592), Perak (583), Sarawak (405), Pahang (403), Terengganu (317), Putrajaya (122), Labuan (11) dan Perlis (2).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *