‘Kalau Negara Lain, Dah Lama Letak Jawatan’

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamed (Pejuang-Langkawi) menyifatkan kerajaan hari ini telah gagal untuk mengurangkan kes jangkitan virus Covid-19 walaupun terdapat pelbagai usaha dilakukan pentadbiran negara.

Jelas bekas Perdana Menteri itu, sekiranya situasi yang berlaku di Malaysia terjadi di negara lain, kerajaan mereka sudah lama jatuh malah kepimpinan mereka akan meletakkan jawatan kerana gagal menyelesaikan situasi pandemik.

“Saya dah letak jawatan dua kali, jadi apalah sangat hendak letak jawatan,” katanya dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.

Terdahulu, Dr. Mahathir menjelaskan, penerangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah diketahui umum termasuk dalam kalangan ahli Parlimen sendiri.

Katanya, walaupun ada usaha kerajaan untuk mengambil tindakan menangani Covid-19 namun tidak berjaya mengurangkan jumlah kes setiap hari.
“Tindakan ini tidak berjaya apabila daripada ratusan kes sudah meningkat kepada 17,000 kes,” katanya. – Utusan

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *