Wanita Didakwa Edar 100.5g Syabu

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Seorang wanita didakwa buat sementara di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengedar 100.5 gram syabu.

Razmah Utuh, yang hadir di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, dituduh melakukan kesalahan itu pada pukul 2.30 petang 8 Julai di tempat letak kereta berdekatan pasaraya Servay di Likas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Razmah selepas tuduhan dibacakan kepadanya, yang berada di lokap pusat di Kepayan, melalui persidangan video.

Razmah didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Tuduhan itu membawa hukuman sama ada hukuman mati, atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan.

Pendakwaan memohon tarikh sebutan lain sementara menunggu laporan kimia dan memohon agar tertuduh direman lanjut kerana tuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan ikat jamin.

Mahkamah menetapkan 21 September untuk sebutan sementara menunggu laporan kimia.

Razmah, yang tidak diwakili, diperintah reman lanjut.Inspektor Lim Swee Beng menjalankan pendakwaan. – Harian Ekspres

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *