Sabah Dijadual Terima Lebih 1 Juta Dos Vaksin COVID-19 Untuk Julai – Masidi

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU, 22 Julai : Sabah dijadual menerima lebih 1 juta dos vaksin COVID-19 untuk bulan ini (Julai), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap rasmi kerajaan Sabah berkenaan COVID-19 berkata, untuk bulan ini Sabah telah menerima 747,980 dos vaksin itu setakat ini termasuk penghantaran terbaharu 152,100 dos yang telah sampai ke sini petang semalam.

Masidi Manjun

Masidi  berkata mengikut jadual penghantaran Sabah akan menerima 30,000 dos vaksin COVID-19 esok (23 Julai) dan satu lagi bekalan vaksin dalam kuantiti yang besar iaitu 308,880 dos dijangka sampai pada Rabu depan (28 Julai).

“Kita mengharapkan tidak ada lagi gangguan ke atas penghantaran bekalan vaksin bagi bulan Ogos dan seterusnya, ini akan membolehkan kita meningkatkan kadar vaksinasi bagi penduduk Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 8 Julai lepas, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dilaporkan sebagai berkata, Sabah dijangka menerima 2.2 juta dos vaksin COVID-19 pada bulan ini dan awal bulan depan (Ogos) bagi melancarkan  Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *