Sabar, Jangan Percaya Kempen Kerajaan Gagal, Kata PM

Muhyiddin meminta rakyat bersabar dan tidak mempercayai kempen bahawa kerajaan gagal mengurus pandemik Covid-19.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meminta rakyat bersabar dan tidak mempercayai kempen mendakwa kerajaan gagal mengurus pandemik Covid-19.

“Rakyat diminta bersabar, jangan percaya kempen kerajaan gagal urus Covid-19,” kata Muhyiddin menurut laporan Bernama.

Sebelum ini, tular pelbagai tanda pagar dan kempen kerajaan gagal di media sosial yang mengecam langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam mengurus pandemik Covid-19.

Negara ini merekodkan kes Covid-19 tertinggi sejak pandemik melanda untuk dua hari berturut-turut dengan 11,079 kes pada Selasa dan 11,618 kes semalam.

https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.471.1_en.html#goog_1609483875Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau mahu Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mempertimbangkan kelonggaran pergerakan individu yang lengkap dua dos vaksinasi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *