Warisan Nafi Kerjasama Dengan PN

Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal

KOTA KINABALU: Selepas penafian dibuat Pejuang, parti Warisan tidak menunggu lama bagi menafikan dakwaan bahawa parti tempatan Sabah itu mahu menjalin kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Dalam kenyataan parti itu berkata, Warisan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mereka mahu bekerjasama dengan PN seperti dilaporkan dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh Sarawak Report.

“Laporan itu mengelirukan,” kata Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, dalam kenyataan ringkasnya.

Awal hari ini, Pejuang yang ditunjangi Dr Mahathir Mohamad, membuat penafian keras terhadap kemungkinan menyokong Bersatu, parti yang diketuai bekas perdana menteri itu sebelum pertukaran kerajaan tahun lalu.

Kini, dalam usaha menyelamatkan pentadbiran PN (Mahathir dan sokongan rakan sekutunya, Shafie, mewakili 15 kerusi Parlimen), Muhyiddin didakwa ingin “membeli sokongan” veteran politik, Mahathir, dengan mengikut permintaan bekas pengerusi Bersatu itu. PN didakwa menawarkan Mahathir jawatan sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Dalam laporan Sarawak Report, Mahathir dikatakan bersetuju akhirnya untuk menyokong kerajaan PN yang semakin terdesak selepas didakwa dilantik mempengerusikan majlis berkenaan.

Sebagai balasan, Pejuang yang baharu diluluskan dan Warisan menyokong PN sebagai kerajaan. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *