Argentina Juara Copa America

RIO DE JANEIRO: Argentina menjuarai Copa America 2021 selepas menewaskan Brazil 1-0 pada aksi final di Stadium Maracana, di sini, sebentar tadi.

Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Angel di Maria menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-22.

Selepas bertahun-tahun menunggu, akhirnya Lionel Messi berjaya menamatkan kemarau Piala bersama pasukan kebangsaan Argentina. Argentina berjaya menewaskan Brazil dengan keputusan 1-0 hasil jaringan pemain PSG, Angel Di Maria di perlawanan akhir Copa America 2021.

Argentina yang turun ke pentas akhir kali ini dengan penuh semangat menjulang piala dan apa yang lebih manis, Argentina menewaskan Brazil di Rio De Janeiro iaitu ibu negara Brazil.

Beraksi di hadapan beberapa ribu penonton sahaja berikutan pandemik yang belum reda, Argentina tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol apabila hantaran jauh mencari Di Maria berhasil dan Maria tenang menewaskan penjaga gol Brazil, Ederson.

Sepanjang kejohanan ini, Lionel Messi berjaya menjaringkan 4 gol dan meletakkan beliau sebagai penjaring terbanyak bersama Luiz Diaz dari Colombia.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *