Pada saat ini, semua rakyat Malaysia berada di dalam keadaan yang tertekan.
Ada yang kehilangan sumber pendapatan, tidak kurang juga yang terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kehidupan pada saat getir ini.
Realitinya sekarang, kita dapat lihat, yang senang menjadi susah dan susah makin merana, dek kerana wabak COVID-19 yang mula menular di negara ini awal tahun lalu.
Kita sedar tidak ramai yang berani tampil ke hadapan dan mengaku mereka kini dalam keadaan yang susah, membuatkan mereka memilih untuk mendiamkan diri.
Terkini, rakyat Malaysia tampil dengan satu kempen yang dipanggil #KempenBenderaPutih yang meminta orang ramai yang dalam kesusahan menaikkan bendera putih bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan pertolongan.
Daripada gambar yang dikongsi, kebanyakan mereka menyatakan, rakyat yang susah tidak perlu berasa malu dan perlu elak daripada melakukan perkara yang boleh merugikan diri sendiri dan keluarga.
Antara pengguna Twitter, @saidussyahiran_ berkata, dia menyokong penuh kempen ini kerana ia merupakan satu inisiatif yang sangat baik buat mereka yang dalam kesusahan.
Saya Sokong #KEMPENBENDERAPUTIH
— 🐝 (@saidussyahiran_) June 28, 2021
inisiatif kecil ini mungkin dapat membantu mereka yg betul2 terkesan dengan pelaksanaan PKP oleh #kerajaan ketika ini
jgn berdiam, naikkan shj bendera putih di depan rumah, kita semua akan faham jika semua memainkan peranan 👍🏼#RakyatJagaRakyat pic.twitter.com/uDH5Cs30pe
Ini antara respon lain pengguna sosial media berkenaan #KempenBenderaPutih
Warganet memohon kepada jiran tetangga yang melihat bendera putih ini agar membantu mereka sebaik mungkin.
Sekarang ni rakyat tengah adakan kempen kibar bendera putih bagi isi rumah yang tengah sempit, sesak dan kekurangan keperluan asasi.
— misyu (@amisyuuuu98) June 28, 2021
So jom cakna. Kalau ada nampak bendera/kain putih berkibar, kita tolong dia apa yang patut.#RakyatJagaRakyat #KempenBenderaPutih pic.twitter.com/fbs6ZFlbRT
Tidak ketinggalan, pengacara terkenal Malaysia, Datuk Aznil Nawawi juga menyokong kempen ini dengan memuat naik status #KempenBenderaPutih di laman Twitternya.
Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil turut menyatakan langkah ini adalah yang terbaik untuk memberitahu wakil rakyat di kawasan masing-masing supaya datang menghulurkan bantuan.
Kepada anda di luar sana, pada saat getir ini, jangan lakukan perkara-perkara yang tidak membawa manfaat malah merugikan atau memudaratkan diri dan keluarga anda.
KAMI SOKONG #KEMPENBENDERAPUTIH
— Proton Supernau Motors 4S – Bintulu (@ProtonSupernau) June 28, 2021
Kalian jika benar benar memerlukan, jika takut atau malu meminta (tidak semua memahami / mengerti) — gunalah peluang ini. Naikkan bendera putih begini di hadapan rumah, moga moga lebih ramai prihatin. pic.twitter.com/2TciPezuHL
Ingatlah, ini bukan pengakhiran, jangan pernah mengalah.
Masih ada yang akan membantu anda, percayalah.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost