2 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Bermula Ahad Ini

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pasir Putih, Putatan dan Grace Villa Condo, Sembulan, Kota Kinabalu di Sabah.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu berkuat kuasa 20 Jun sehingga 3 Julai ini.

Katanya, PPRT Kampung Pasir Putih perlu menjalani perintah itu selepas sembilan kes positif Covid-19 dikesan dalam tempoh seminggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“Untuk Grace Villa Condo pula, sejak 13 Jun sehingga 16 Jun lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati berlaku peningkatan kes Covid-19 apabila lapan kes dikesan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“Pelaksanaan PKPD untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti wabak kekal berada dalam kawasan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ismail turut memaklumkan, PKPD di Kampung Gusi Kinarut, Papar dan Kampung Perpaduan, Pulau Banggi, Kudat, Sabah dilanjutkan sehingga 3 Julai selepas masih berlaku jangkitan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, PKPD di Taman Wawasan, Tawau Taman Pelangi, Semporna, Sabah akan tamat hari ini.

Ismail berkata, PKPD di dua lokaliti iaitu Kampung Tengah Kinarut dan Kampung Benoni di Papar, Sabah turut tamat hari ini.

PKPD di serta Taman Wangsa, Jalan Telipok, Kota Kinabalu dan Jalan Budi Sri Tanjung, Tawau, di Sabah juga ditamatkan tengah malam esok.

Beliau berkata, semalam polis menahan 759 individu atas kesalahan ingkar SOP di mana 711 daripada dikompaun manakala 48 lagi direman.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *