5 Lagi Lokaliti Dikenakan PKPD Di Sabah Bermula 18 Jun

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan lima lagi lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabahberkuat kuasa 18 Jun sehingga 1 Julai ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan situasi semasa kes Covid-19 di Kampung Bukit Gemuk, Tawau, Sabah.

“Sehingga kini, sebanyak lapan kes positif Covid-19 dilaporkan hasil daripada 13 ujian saringan yang dilakukan KKM dengan kadar positif 61.54%.

“Selain itu, KKM turut melaporkan situasi semasa kes di Perumahan Etara, Jalan Agaseh, Lahad Datu, Sabah yang turut mencatatkan kadar jangkitan yang tinggi.

“Terdapat peningkatan kes dilaporkan di Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau, Sabah; Kampung Landung Ayang, Kudat dan Taman Lavender, Kudat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Selepas penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di semua kawasan berkenaan bermula 18 Jun sehingga 1 Julai ini.

“Ia adalah bagi memastikan semua penduduk di lokaliti berkenaan yang berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan ini bagi tujuan pengesanan awal kes positif,” katanya.

Mengulas berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP), Ismail Sabri berkata, semalam seramai 841 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 821 individu dikompaun manakala 20 lagi individu direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan makan di premis (170); tiada penjarakan fizikal (165); tidak memakai pelitup muka (157) individu gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis (103).

“Kesalahan lain yang direkodkan ialah tidak patuh arahan kawalan pergerakan (91); membawa penumpang berlebihan (87); aktiviti pusat hiburan (32); premis gagal patuhi arahan (12) dan lain-lain (24),” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *