5 Lagi Lokaliti Dikenakan PKPD Di Sabah Bermula 15 Jun

PUTRAJAYA: Lima lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 15 hingga 28 Jun ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, lima lokaliti di Sabah ialah Batu 3.5 Jalan Apas (Kiri) di Tawau; Taman Puri Warisan di Kota Kinabalu; Taman Telipok Jaya dan Kampung Penimbawan di Tuaran; serta Kampung Lebak Mayoh di Kota Belud.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan tindakan kawalan COVID-19 dijalankan dengan cepat dan berkesan serta menghalang penularan jangkitan ke komuniti luar.

“PKPD di lokaliti terbabit dilaksanakan bagi memastikan penduduk yang berisiko kekal berada dalam kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan harian Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad.

Sementara itu, Ismail Sabri juga memaklumkan lanjutan PKPD di Taman Pelangi, Semporna dan Kampung Tanjung Kapor, Kudat di Sabah sehingga 28 Jun.

Beliau turut memaklumkan penamatan PKPD di lapan lokaliti di Sabah dan Kedah bermula 14 Jun seperti yang dijadualkan.

Menurut Ismail Sabri, enam lokaliti di Sabah ialah Jalan Klias 2 dan Jalan Klias 3 di Beaufort; Kampung Kuala Menggatal di Kota Kinabalu; Kampung Assam di Lahad Datu; serta Kampung Payas-Payas dan Kampung Rampayan Laut di Kota Belud.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *