Phillip Among Mungkin Berdepan Dua Lagi Pertuduhan

KOTA BELUD: Bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR), Phillip Among yang didakwa dengan lima pertuduhan di Mahkamah Majistret, Kota Kinabalu, di sini, semalam, mungkin berdepan dua lagi pertuduhan baharu.

Dua lagi kertas siasatan polis adalah membabitkan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan No 2) 2021.

Hazani Ghazali

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, berkata kertas siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan selesai dan kertas siasatan yang lengkap sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Kemungkinan pendakwaan dilakukan atau tidak, itu terpulang kepada mereka (pejabat Peguam Negara),” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kota Belud, di sini, hari ini.

Semalam, Phillip berdepan lima pertuduhan mencabul kehormatan ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, di sini.

Dia berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan selepas didakwa mencabul dua wanita berasingan termasuk ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *