Terkejut Temui Teman Lelaki Gantung Diri

Keadaan lelaki yang ditemui gantung diri di rumah sewa.

BEAUFORT: Seorang wanita terkejut selepas menemui teman lelakinya yang berusia 20 tahun mati tergantung di rumah sewa mereka di Jalan Beaufort Jaya, di sini, hari ini.

Lelaki terbabit ditemui jam 2.30 petang tadi ketika teman wanitanya berusia 21 tahun pulang dari tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit dilihat kali terakhir oleh teman wanitanya pada jam 8.30 pagi ini ketika dia balik kerja.

“Teman wanita lelaki itu kemudiannya pergi bekerja sebelum menyedari kejadian itu ketika pulang ke rumah berkenaan kira-kira jam 2.30 petang tadi.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca lelaki itu menggantung diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff Zaki berkata berkata, mayat lelaki terbabit sudah dihantar ke Hospital Beaufort untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya. – AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *