Tajuddin Dipecat Sebagai Pengerusi Prasarana

Tajuddin Abdul Rahman

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa serta-merta.

Jurucakap Kementerian Kewangan berkata, penamatan perkhidmatan itu sudah dipersetujui oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sementara itu, Prasarana dijangka akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu malam ini.

Terdahulu, media melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap Tajuddin susulan video yang tular menunjukkan beliau tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media mengenai kemalangan tren, semalam.

Pada sidang media itu, Tajuddin dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *