Polis Tembak Mati 5 Anggota Abu Sayyaf

Hazani Ghazali

KOTA KINABALU : Polis menembak mati lima anggota pengganas Abu Sayyaf di Beaufort, Sabah pagi semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali berkata, salah seorang yang terbunuh ialah pemimpin  kumpulan tersebut dan menjadi buruan penguat kuasa  Filipina, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali berkata,

Pada Ogos tahun lalu,  sub-komander Abu Sayyaf, Idang Susukan yang  memenggal kepala rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen pada November 2015, ditahan polis Filipina pada 13 Ogos 2020.

Idang atau nama penuhnya, Abduljihad Susukan ditahan pada 8.30 malam, di rumah pemimpin Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF), Nur Misuari di Davao City.

Idang antara 21 warga Filipina disenaraikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sebagai penjenayah dikehendaki di Malaysia berhubung kes-kes penculikan untuk wang tebusan (KFR) di pantai timur Sabah.

Penculikan Bernard Then dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan pada Mei 2015 sehingga mangsa dipenggal kepala antara kejadian yang didalangi Idang. – Utusan

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *