GRS Tetap Kukuh, Tidak Wujud Kononnya WARISAN Kembali Berkuasa

Setiausaha Agung PBS, Joniston Bangkuai

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menangkis dakwaan dimedia sosial yang mengatakan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan kembali membentuk kerajaan sekaligus menjadi Ketua Menteri.

Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai berkata, perkara itu hanya sekadar kata-kata sahaja memandangkan kerajaan GRS kini kukuh dengan majoriti besar.

“Tidak ada yang perlu dinafikan kerana ianya tidak mempunyai kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, perkara tidak benar itu mula ditularkan pada minggu Hari Raya selepas Shafie dalam satu kenyataan sebelum ini menjelaskan beliau lebih terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan PBS.

Sementara itu, dalam satu kenyataan balas Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili kemudian menjelaskan parti itu sedia dan mengalu-alukan cadangan daripada Presiden WARISAN itu.

Katanya, PBS sedia mengadakan kerjasama dengan semua pihak demi kepentingan Sabah.

Kerajaan GRS kini mempunyai majoriti 48 Kerusi daripada 79 Kerusi DUN sementara WARISAN dan rakannya hanya mempunyai 30 Kerusi sahaja. Sementara satu Kerusi kosong dan PBS mempunyai tujuh Kerusi DUN. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *