Tular Video Kejutkan Sahur Ingkar PKPB Di Tawau, Polis Kesan ‘Jobby Basri’

POLIS SIASAT VIDEO TULAR INGKAR PKPB, KESAN INDIVIDU ‘JOBBY BASRI’

TAWAU; 15 MEI 2021 (Sabtu) : Polis Tawau sedang menyiasat satu video yang tular di media sosial mengenai aktiviti sekumpulan remaja dan kanak-kanak yang berkumpul sambil melakukan tradisi mengejutkan penduduk kampung untuk bersahur dalam kejadian di Kampung Baru, Batu 2, Jalan Apas, Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2 pagi, 12 mei lalu yang menyaksikan kumpulan remaja berkenaan berkumpul dan bersorak tanpa pematuhan SOP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di daerah Tawau.

Beliau berkata, aktiviti berkenaan dipercayai melibatkan lebih 100-orang remaja serta kanak-kanak. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.Jelasnya, polis telah menjalankan siasatan terhadap video yang berdurasi 30-saat tersebut walaupun tiada laporan polis dibuat oleh orang awam berhubung kejadian tersebut.

Menurut ACP Peter, pihaknya sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai Jobby Basri, 30 tahun yang beralamat di Batu 2 Jalan Apas dipercayai mempunyai maklumat berkaitan aktiviti tersebut untuk tampil ke IPD Tawau bagi membantu siasatan.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan masyarakat Tawau agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar tidak melanggar undang-undang sedia ada selain ia dapat mengekang penularan Pandemik COVID-19.

SumbeR: BESTAWAUFM

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *