Lelaki Maut Dalam Kemalangan

Mangsa maut di tempat kejadian selepas kenderaanya melanggar lori terbabit.

TAWAU : Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan yang dipandunya melanggar sebuah lori di Kampung Sri Menanti, Jalan Mawar, di sini kelmarin

Dalam kejadian jam 6.18 petang itu, Wong Jim Fook @ Wong Kim Long, 72, didapati tidak sedarkan diri selepas kemalangan itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian

Difahamkan, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang bergerak dari arah bandar melanggar lori terbabit yang sedang berhenti di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata semasa kejadian, pemandu lori yang dipandu oleh seorang pemuda, 33, itu memberhentikan kenderaannya di tepi jalan untuk membuang sampah.

“Tidak lama kemudian, pemandu lori berkenaan terdengar dentuman kuat sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk mengetahui keadaan sebenar.

“Pemuda itu melihat lorinya telah dilanggar di bahagian hadapan oleh sebuah kenderaan sebelum mendapati pemandunya (mangsa) tidak sedarkan diri,”katanya dalam kenyataan media, di sini semalam

Peter berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada mangsa melanggar hadapan lori terbabit.

“Bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bedah siasat akan dijalankan selepas ujian COVID-19 diperolehi bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa,”katanya – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *