‘Sehingga Ada Arahan Baharu, Saya Andaikan Sabah masih Berstatus PKPB’ – Masidi

Sehingga ada arahan baharu, Sabah diandaikan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

KOTA KINABALU: Sehingga ada arahan baharu, Sabah diandaikan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata demikian susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun depan.

“Dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang tadi, saya telah memohon kepada Perdana Menteri agar Sabah meneruskan pengurusan COVID-19 seperti kaedah yang kita amalkan sekarang kerana ia terbukti berkesan.

“Permohonan saya telah dipersetujui oleh PM dan MKN. Sehingga ada arahan baharu, saya andaikan Sabah masih berstatuskan PKPB atau walaupun berstatus PKP tetapi prosedur operasi standard (SOP) hampir sama dengan SOP yang diguna pakai sekarang,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

Masidi yang juga jurucakap COVID-19 bagi negeri ini turut berkata, beliau bersetuju dengan langkah-langkah memperketatkan larangan serta kawalan kepada aktiviti-aktiviti sosial.

Untuk rekod, Sabah telah diletakkan di bawah PKPB bermula 29 April lalu sehingga 17 Mei hadapan. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *