Labuan Laksana PKPB, SOP Aidilfitri Diperketatkan

Wilayah Persekutuan Labuan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 12 Mei sehingga 7 Jun 2021.

KUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan Labuan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 12 Mei sehingga 7 Jun 2021.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan PKPB itu akan menggunapakai prosedur operasi standard (SOP) PKPB dan sektor sosial dengan beberapa pindaan.

“Ia melibatkan aktiviti ziarah Aidilfitri yang hanya dibenarkan pada 1 Syawal tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa.

“Sementara itu, solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid dan surau masih dibenarkan dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” jelasnya.

Bagaimanapun, kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan ke masjid bagi tujuan itu.

Tindakan itu diambil ketika Labuan mencatatkan bilangan kumulatif kes COVID-19 dalam masa 14 hari dengan sejumlah 28 kes, sekali gus meletakkan ia kembali ke zon jingga.

Kenyataan itu turut menegaskan, tindakan kompaun akan dikeluarkan kepada mana-mana individu atau organisasi yang melanggar SOP yang ditetapkan. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *