51 Sekatan Jalan Raya Seluruh Sabah Mulai Hari Ini

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan 51 Sekatan Jalan Raya (SJR) sempena sambutam Hari Raya Aidilfitri bermula hari ini, sehingga 16 Mei depan.

Semua SJR berkenaan dibuat mengikut kepada kawasan bidang kuasa pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing.

Tujuh kawasan zon di seluruh negeri yang diumumkan sebelum ini juga dibatalkan kecuali zon pantai barat membabitkan Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan yang masih dikekalkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, operasi Op Covid-19 selama tujuh hari itu akan membabitkan seramai 2,103 pegawai dan anggota.

Katanya, PDRM juga sudah menubuhkan sebanyak 355 pasukan pematuhan yang akan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.

“Antara tumpuan pasukan pemantauan ini adalah kawasan perumahan, penempatan, pusat beli belah, tanah perkuburan dan sebagainya.

“Ia bagi memastikan tiada penularan wabak Covid-19 semasa musim perayaan Aidilfitri kali ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah, hari ini.

Hazani berkata, pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur dan akan terus mengeluarkan kompaun sekiranya berlaku perlanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP).

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah, hari ini.

Selain itu katanya, mereka yang masuk ke negeri ini selepas Aidilfitri juga akan diarahkan supaya menjalani ujian swab dan kuarantin. – Asiatimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *