China Percaya ‘Roket Gugur’ Tidak Mengakibatkan Kemusnahan

Gambar fail diambil pada 29 April 2021 menunjukkan roket Long March 5B berlepas di Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di Hainan. – Foto AFP

BEIJING: Beijing percaya kesan kerosakan daripada segmen roketnya yang gugur ke bumi tidak mengakibatkan kerosakan yang besar, hari ini.

Segmen utama roket seberat 18 tan kini berada dalam keadaan bebas dan pakar mengatakan sukar untuk meramal secara tepat di mana dan bila akan memasuki atmosfera.

Berdasarkan data ketenteraan Amerika Syarikat (AS), Space-Track, segmen roket itu dijangka memasuki atmosfera pada jam 2.11 pagi waktu tempatan di Mediterranean, dengan jangka masa antara satu jam.

Menerusi Tweet Space-Track, Skuadron Kawalan Angkasa 18 Angkatan Darat AS, Pangkalan Tentera Udara Vandenberg di California menyatakan, lokasi tepat ia gugur hanya diketahui selepas roket itu mendarat.

Sementara itu, pihak berkuasa China mengatakan sebahagian besar komponen roket kemungkinan akan musnah apabila gugur ke bumi.

“Kebarangkalian menyebabkan bahaya di lapangan sangat rendah,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin.

Walaupun ada spekulasi di mana roket atau bahagiannya akan mendarat, ada kemungkinan serpihannya yang tidak terbakar jatuh ke laut.

.Jurucakap Pentagon, Mike Howard berkata, ia berharap serpihan roket itu jatuh di tempat yang tidak mencederakan sesiapa.

Kini, AS sedang mengesan segmen roket itu tetapi di mana ia akan jatuh tidak dapat dikesan sehingga beberapa jam selepas memasuki atmosfera bumi. – AFP

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *