COVID-19: 3,744 Kes Baharu, 17 Lagi Kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 3,744 kes baharu Covid-19 dan 17 kematian, manakala 2,304 pesakit pulih.

Ini menjadikan 389,846 daripada keseluruhan 424,376 pesakit sembuh setakat ini, manakala 1,591 orang meninggal dunia akibat jangkitan viru itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 32,939 pesakit Covid-19 sedang dirawat di seluruh negara, dengan 185 daripada 328 di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, tujuh ialah kes import dan baki 3,737 lagi kes penularan tempatan membabitkan 3,514 warganegara dan 223 warga asing.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,548 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 1,051 kes (67.9%) daripada kluster dan saringan kontak rapat,” katanya dalam kenyataan.

Ia diikuti Kelantan (480), Sarawak (419), Kuala Lumpur (313), Johor (292), Pulau Pinang (195), Kedah (124), Negeri Sembilan (76), Terengganu (73), Perak (65), Sabah (50), Pahang (49), Melaka (43), Putrajaya (11), Labuan (lima) dan Perlis (satu).

Noor Hisham berkata, sembilan kematian dilaporkan di Selangor, masing-masing dua di Johor, Perak dan Sarawak, serta masing-masing satu kematian di Kelantan dan Negeri Sembilan.

Katanya, semua kematian itu membabitkan warganegara berusia 42 hingga 84 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, dislipidemia dan buah pinggang kronik.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *