Sabah Bangkit Atasi Perak Di Likas

Penyerang Sabah Fc Amrih Yahyah bersaing dengan pemain Perak FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas. – Foto Sabah Footbal Fc 

KOTA KINABALU: Sabah FC memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menewaskan Perak FC 2 -1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas sebentar tadi.

Kedua-dua gol Sabah dihasilkan pada separuh masa kedua selepas ketinggalan 1 – 0 di babak pertama.

Gol tunggal Perak dijaringkan pada minit ke-25 hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti Sabah yang disempurnakan Nazirul Naim.

Ketika babak pertama, Sabah juga mencipta peluang menarik pada minit ke-20 menerusi percubaan pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani, namun tendangan yang kurang kuat gagal menembusi gawang lawan.

Sabah mula bangkit sejurus babak kedua bermula dan mencipta jaringan penyamaan menerusi Amri Yahyah pada minit ke-64 hasil rembatan kaki kiri.

Sabah menambah satu lagi gol hasil sepakan percuma pemain import, Levi Madinda pada minit ke-78. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *