Sabah Ikat Selangor Di Stadium MBPJ

Pemain Sabah FC, Bobby Gonzales meraikan jaringan golnya bersama rakan sepasukan ketika menentang Selangor FC dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ malam tadi. Keputusan berakhir 2-2. – Foto Sabah Football Fc

PETALING JAYA: Selangor FC melepaskan peluang keemasan untuk merampas kedudukan keempat Liga Super dari Penang FC apabila terikat 2-2 dengan Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, sebentar tadi.

Selangor dikejutkan dengan jaringan pembukaan Sabah yang dihasilkan bekas penyerang berbisa Red Giants, Amri Yahyah pada minit ke-31.

Anak buah Karsten Neitzel terpaksa menunggu hingga minit ke-57 untuk menyamakan kedudukan menerusi percubaan jarak dekat Ifedayo Olusegun.

Olusegun terus menjadi peledak berbisa buat Selangor apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-72 selepas menyudahkan hantaran Shahrel Fikri Md Fauzi.

Bobby Gonzales muncul pemusnah impian Selangor untuk meraih tiga mata di gelanggang sendiri apabila meledak gol penyamaan buat Sabah pada minit ke-88.

Keputusan itu menyaksikan Selangor kekal di kedudukan kelima dengan mengumpul 15 mata selepas 10 perlawanan, manakala Sabah mengutip 10 mata di kedudukan kelapan. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *