40 Petugas Barisan Hadapan Dijangkiti Covid-19 Selepas Selesai Divaksin, 142 Susulan Dos Pertama

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisahm Abdullah berkata, 142 pekerja kesihatan dijangkiti selepas menerima dos pertama vaksin Covid-19, iaitu sebelum menerima suntikan kedua.

PUTRAJAYA: Empat puluh pekerja kesihatan dijangkiti Covid-19 selepas menyempurnakan dua dos suntikan vaksin mereka, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan di Facebook, Noor Hisham berkata, 31 daripada mangsa dijangkiti kurang 14 hari selepas diberikan dos ke-2, sementara sembilan yang lain dijangkiti virus tersebut lebih dua minggu kemudian.

Dalam pada itu, 142 pekerja kesihatan dijangkiti selepas menerima dos pertama vaksin berkenaan, iaitu sebelum mereka menerima suntikan kedua.

Dr Noor Hisham Abdullah.

“Lebih penting, kesemua mengalami simptom lebih ringan. Jelas bahawa mereka masih boleh dijangkiti selepas menerima vaksin, tetapi simptomnya barangkali kurang teruk.

“Walaupun vaksin memberi sedikit harapan dalam perang melawan Covid-19 , namun kita tidak boleh melonggarkan semua langkah keselamatan awam selepas vaksinasi dijalankan.

Malaysia merekodkan 2,551 kes Covid- 19 semalam, iaitu hari kedua berturut-turut bilangan jangkitan harian mengatasi angka 2,000 kes.

Jumlah jangkitan berjaya dikurangkan di bawah 2,000 kes sejak 5 Mac yang menyaksikannya 2,154 kes dilaporkan. – FMT

https://www.facebook.com/DGHisham/posts/4278860298804492

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *